Kerjaya sebagai tutor sepenuh masa atau separuh masa adalah suatu bidang yang sedang meningkat naik dan menjadi suatu trend kerjaya pilihan zaman sekarang. Ada di antara mereka yang merupakan graduan institut pengajian tinggi (IPT) dan tidak kurang juga yang mempunyai kerjaya profesional seperti guru, pensyarah, jurutera, pegawai bank, doktor dan peguam.Antara sebab golongan profesional ini memilih untuk menjadi tutor adalah kerana mereka menemui kepuasan sebagai tutor atau cikgu tuisyen dengan menyampaikan ilmu dengan kreativiti sendiri. Tutor tidak semestinya berperanan dalam akademik sahaja, malah peranan tutor pada hari ini cukup luas memasuki bidang kemahiran dan vokasional.
Pada hari ini, cara kerja tutor telah berubah 360 darjah. Dahulunya tutor menjalankan secara bersemuka namun akibat pandemic covid-19, tutor telah berjalan secara atas talian tanpa sempadan. Kita mampu memperoleh ilmu dengan siapa atau dimana sahaja, hanya dihujung jari.
Tinggalkan Komen