Kami menitikberatkan kerahsiaan pelanggan, kami hanya akan mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi ibu bapa, pelajar dan tutor seperti yang digariskan di bawah ini.
Perlindungan data adalah suatu amanah dan kerahsiaan anda adalah perkara penting bagi kami. Justeru, kami hanya akan menggunakan nama anda dan maklumat lain yang berkaitan dengan anda, dalam kaedah seperti yang digariskan dalam Polisi Kerahsiaan ini. Kami hanya akan mendapatkan maklumat apabila perlu untuk kami berbuat demikian dan sekiranya ianya relevan untuk urusan kami dengan anda. Kami hanya akan menyimpan maklumat anda selama yang diperlukan dari segi undang-undang atau seperti yang relevan dengan tujuan pemerolehannya.
Anda boleh melawat Laman Web kami, https://haitutor.com dan melayarinya tanpa mengemukakan butiran peribadi anda. Semasa anda melayarinya, anda kekal sebagai tanpa nama dan kami tidak boleh mengesan anda kecuali jika anda mempunyai akaun (“akaun haitutor”) dengan kami di Laman Web kami dan log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
Pengumpulan Data Peribadi
Haitutor tidak menjual, berkongsi atau memperdagangkan maklumat peribadi ibu bapa, pelajar dan tutor yang diperoleh secara atas talian kepada pihak ketiga.
Maklumat peribadi yang diperoleh secara atas talian hanya akan didedahkan dalam kumpulan korporat kami dan kepada pihak ketiga untuk tujuan yang mana ianya telah diperoleh sebagaimana yang telah dibenarkan dan dipersetujui oleh anda. Contohnya, pengendalian suatu transaksi pembayaran yuran kelas pilihan anda di Laman Web kami.
Apabila anda mendaftar akaun Haitutor, maklumat peribadi yang kami peroleh mungkin termasuk:
- Nama
- Alamat Penuh
- Alamat Email
- Tarikh Lahir
- Jantina
Semasa anda membuat pendaftaran di Laman Web Haitutor, maklumat tambahan peribadi yang kami mungkin peroleh termasuk:
- Nombor Telefon
- Nombor Telefon Bimbit
- Maklumat Kad Kredit (pilihan) dan kaedah pembayaran
Maklumat peribadi wajib yang kami perolehi daripada anda akan digunakan dan atau dikongsi dalam kumpulan korporat dan kepada pihak ketiga untuk sebahagian atau kesemua tujuan berikut:
- Untuk pengesahan pendaftaran dengan pembayaran yang dibuat oleh anda daripada Laman Web kami. Sebagai contoh, kami boleh memberikan nama dan alamat anda kepada pihak ketiga seperti syarikat perkhidmatan payment gateway atau tutor pilihan kami untuk menyempurnakan perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran kepada anak anda;
- Untuk memaklumkan dan mengemas kini status pembayaran yuran dan untuk tujuan sokongan dan khidmat pelanggan;
- Untuk menyampaikan maklumat pakej yang relevan kepada anda seperti pilihan kelas dan mata pelajaran;
- Untuk memproses pembayaran dan menyediakan perkhidmatan dan maklumat yang ditawarkan melalui Laman Web kami dan sebagaimana yang dipohon;
- Untuk membolehkan kami mentadbir akaun mendaftarkan anda dengan kami;
- Bagi tujuan pengesahan dan perlaksanaan transaksi kewangan berkaitan bayaran yang anda lakukan secara atas talian. Sebagai contoh, bayaran yang anda buat melalui Laman Web kami akan diproses oleh agen yang kami lantik. Pendedahan kepada agen pemprosesan data seperti agen yang kami lantik dalam konteks ini adalah diperlukan bagi tujuan pengendalian transaksi jualan yang telah anda pilih.
- Maklumat peribadi yang tidak wajib seperti tarikh lahir dan jantina digunakan bagi tujuan kajian tentang demografi pengguna laman web dan untuk kami memberikan cadangan atau maklumat dalam bentuk emel promosi yang kami rasakan berguna kepada anda, justeru, meningkatkan pengalaman anda apabila anda melawat Laman Web kami. Dengan memberikan maklumat peribadi yang tidak wajib ini, anda dianggap sebagai telah mempersetujui untuk menjadi sebahagian daripada kajian kami dan menerima cadangan atau maklumat seperti di atas.
Langganan kepada bahan-bahan pemasaran dan promosi
Sebagai tambahan kepada maklumat peribadi seperti di atas, semasa anda mendaftar suatu akaun Haitutor dengan kami, anda akan ditanya sama ada anda ingin melanggan bahan-bahan pemasaran atau promosi kami dari semasa ke semasa. Bahan-bahan pemasaran dan promosi ini mungkin dihantar secara keseluruhan oleh kumpulan korporat kami atau melalui kerjasama dengan pihak ketiga. Jika anda memilih untuk melanggan, anda dianggap sebagai telah bersetuju untuk kami memproses dalam kumpulan korporat kami dan atau pihak ketiga maklumat peribadi anda untuk tujuan ini. Anda boleh memilih untuk berhenti melanggan maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan memilih fungsi berhenti melanggan dalam bahan-bahan pemasaran elektronik.
Mengakses Pesanan Sebenar
Maklumat pesanan sebenar anda boleh disimpan dengan kami tetapi atas sebab-sebab keselamatan, kami tidak boleh memperolehi maklumat-maklumat secara langsung. Walau bagaimanapun, anda boleh mengakses maklumat ini dengan log masuk ke akaun anda dalam Laman Web. Di sini, anda boleh melihat butiran pembayaran, kelas dan maklumat terkini perkembangan anak anda yang telah disempurnakan, yang dibuka dan yang akan dihantar serta mentadbir butir-butir alamat anda, butir-butir bank dan sebarang risalah yang anda langgani. Anda mengakujanji untuk menjaga kerahsiaan data akses peribadi dan tidak membolehkan ianya diakses oleh pihak ketiga tanpa kebenaran.
Mengakses dan Mengemas kini Maklumat Peribadi Anda
Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengakses akaun anda di Laman Web Haitutor.
Penjejakan yang kami implementasikan adalah berdasarkan Display Advertising (contoh: Remarketing, Google Display Network Impression Reporting, atau Google Analytics Demographics and Interest Reporting) dan akan mengumpul data seperti umur, jantina, minat dan interaksi dengan impresi iklan.
Haitutor dan pihak ketiga, termasuk Google, penggunaan cookie pihak pertama (seperti cookie Google Analytics) dan cookie pihak ketiga (jika ada) bersama-sama untuk memaklum, mengoptimum, dan memaparkan iklan berdasarkan kepada lawatan lalu seseorang ke laman web anda dan di internet.
Keselamatan Maklumat Peribadi Anda
Haitutor memastikan bahawa semua maklumat yang diperolehi akan disimpan dengan selamat dan berhati-hati. Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan cara:
- Mengehadkan akses kepada maklumat peribadi hanya melalui kata laluan;
- Menyelenggara produk teknologi untuk mengelakkan akses komputer yang tidak dibenarkan; dan
- Menghapuskan maklumat peribadi anda secara selamat apabila ia sudah tidak diperlukan lagi bagi tujuan pengekalan rekod kami
- Haitutor menggunakan teknologi penyulitan SSL (Secure Socket Layer (Lapisan Soket Selamat)) 128-bit bagi memproses butiran kewangan anda. Teknik penyulitan SSL 128-bit dianggarkan mengambil masa sekurang-kurangnya satu trillion tahun untuk dipecahkan, dan merupakan piawaian industri.
Pendedahan Maklumat Peribadi
Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan organisasi lain selain daripada kumpulan korporat kami dan pihak ketiga secara langsung untuk perkara yang berkaitan dengan penghantaran produk yang telah anda beli dan bagi tujuan yang telah anda beri kebenaran. Dalam keadaan yang dikecualikan, Haitutor mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat peribadi, seperti apabila terdapat alasan yang memerlukan pendedahan berkenaan untuk mengelakkan ancaman terhadap nyawa atau kesihatan, atau dikehendaki oleh undang-undang. Haitutor komited dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 khususnya polisi serta garis panduan dan perintah yang sejajar dengannya.
Jika anda mendapati bahawa kerahsiaan anda telah dilanggar oleh Haitutor, sila hubungi kami dan kami akan menyelesaikan perkara ini.
Pemerolehan Data Komputer Yang Tidak Semestinya Maklumat Peribadi
Semasa anda melayari Laman Web Haitutor, pelayan (server) syarikat kami akan merekod maklumat yang dihantar oleh pelayar web (browser) secara automatik. Data ini mungkin termasuk:
- Alamat IP komputer anda
- Jenis pelayar web (browser)
- Laman Web yang telah anda kunjungi sebelum Laman Web kami
- Halaman yang anda kunjungi dalam Laman Web Haitutor
- Tempoh masa yang anda gunakan selama mengunjungi halaman tersebut, perkara dan maklumat yang anda cari di Laman Web kami, masa dan tarikh akses, dan statistik yang lain
Maklumat ini dikumpul untuk dianalisis dan dinilai bagi membantu kami meningkatkan mutu Laman Web serta perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan. Data ini tidak akan digunakan bersama mana-mana maklumat peribadi yang lain.
Pindaan pada Polisi Kerahsiaan
Haitutor berhak mengubahsuai dan meminda Polisi Kerahsiaan pada bila-bila masa. Sebarang pindaan pada polisi ini akan diterbitkan di Laman Web kami. Anda patut memeriksa Polisi ini setiap kali anda mengakses Laman Web kami agar anda dimaklumkan sepenuhnya oleh versi Polisi terbaru yang terpakai.
Aduan Mengenai Pelanggaran Kerahsiaan
Jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati dari anda terhadap cara kami mengendalikan pertanyaan atau aduan anda, sila hubungi kami.