Membaca serta kemahiran membaca merupakan tonggak kepada perkembangan minda kanak-kanak. Melalui pembacaan, kanak-kanak mampu untuk meneroka gedung ilmu yang tiada berkesudahan. Ia secara langsung akan dapat membantu di dalam pembentukan sahsiah seterusnya memperkasa ilmu serta pengetahuan kanak-kanak yang bergelar seorang pelajar. Pendedahan terhadap ilmu menjadi dokongan ke atas setiap pelajar di mana melalui ilmu pengetahuan itu sendiri, pelajar akan dapat mencorakkan masa hadapan mereka dengan lebih teratur secara holistik. Maka tidak rugi jika sekiranya ibu bapa mendorong anak mereka untuk menjadi warga membaca yang sentiasa dahagakan ilmu seterusnya membudayakan membaca sebagai wadah dan salah satu daripada gaya hidup sihat.
Berapa lama ingin anda biarkan anak anda menghadapi masalah membaca? Adakah bacaan anak lancar atau masih tersangkut-sangkut? Jika sayang pada anak anda, tunggu apa lagi!!! Kami sudi membantu dengan menyediakan solusi kepada permasalahan sebegini di kelas membaca.
Buktikan pada semua yang anak anda juga mampu berjaya!
Lagi Mengenai Kelas Membaca
Sejak tahun 2018, Akademi Impian 100 telah membuka peluang seterusnya menyediakan infrastruktur serta kelengkapan PDP yang praktikal bagi membantu pelajar mencapai matlamat untuk keluar dari tampuk buta huruf atau tidak boleh membaca tegar. Usaha yang kami lakukan sehingga ke hari ini adalah bertitik tolak daripada isu ramainya pelajar di negara kita yang tercicir di dalam dunia pendidikan masa kini disebabkan oleh kelemahan membaca dengan lancar atau pelajar langsung tidak boleh membaca. Kesannya pada masa jangka panjang, ia akan memberi impak terhadap tahap sosio-ekonomi bukan sahaja pelajar bahkan juga ke atas keluarga pelajar berkenaan. Sebagai solusi kepada "kemurungan pembacaan" ini, kami berusaha untuk membimbing dan membangunkan kemahiran membaca di kalangan pelajar yang menghadapi masalah yang serupa. Hasilnya sehingga ke hari ini, ibu bapa sudah mampu menarik nafas lega kerana anak mereka sudah mampu membaca dengan lancar.
Kelas Membaca terbahagi kepada dua iaitu Kelas Membaca Smart untuk pelajar berusia 5-7 tahun dan Kelas Membaca Elite bagi pelajar yang berusia 7-12 tahun.
Kelas Membaca yang kami tawarkan adalah berbeza dengan kelas-kelas membaca lain yang ada di pasaran.
Anak anda akan dapat memahami asas membaca dengan lebih mudah di samping kemahiran membaca yang kami terapkan di sepanjang PDP mereka. Pelajar akan diberi ruang secukupnya untuk mengekspresi diri mereka semasa berada di dalam kelas.
Tenaga pengajar kami antaranya berkemahiran di dalam pengurusan organisasi dan pelajar serta mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi sebagai seorang kaunselor berdaftar.
Ini adalah sebahagian daripada "kekuatan luar biasa" kelas membaca yang kami tawarkan sesuai dengan keperluan dan tahap kemahiran anak anda. Pelbagai pilihan dan kemungkinan menanti anak anda pada masa hadapan.
Tinggalkan Komen